Selasa, 14 April 2009

Baru Bertatih Dah Buat Perangai

Ini berita terbaru dan terpanas yang Su baru dapat petang tadi.

Seorang kawan baik Su hendak memulakan pengambaran tele-movie untuk RTM pagi besok. Katanya dah 2 hari dia booking seorang pelakon baru, Almy Nadia untuk watak utama telemovie tersebut.



Hari ini sepatutnya dia bawa Almy berjumpa pengarah tele-movie untuk script reading dan sign contract. Tetapi dari pagi hingga ke lewat petang dia call Almy, hanfonnya berbunyi tapi tak berjawab.



Dekat maghrib baru Almy call dia balik beritahu dia ada job dengan TV3 dan terpaksa tolak tele-movie RTM itu.

Kawan Su tadi mulalah melenting kerana 2 hari lepas Almy beritahu yang dia baru selesai shooting dan sanggup terima offer. Tambah pula semalam aje baru dia hantar gambar Almy ke RTM untuk kelulusan. Bila dah dapat surat kelulusan RTM untuk mengambil Almy sebagai wanita utama wanita, tiba-tiba dia tolak pula.



Nasihat Su kepada Almy Nadia: Sekiranya tak nak berlakon untuk RTM, dari awal jangan beri kesanggupan. Bila producer dah confirm nak ambil awak berlakon, last tolak mula kerana ada job dengan TV3.

Kalau belum setahun jagung berlakon drama dan filem dah mula mungkir janji, lain kali orang takkan percaya lagi.

Ahad, 22 Mac 2009

Pitching Di RTM

Article di bawah Su petik dari facebook yang ditulis oleh saudara Mathias Md. Ali tentang konsep pitching yang dilakukan oleh RTM baru-baru ini.

Tahniah buat RM kerana mengorak langkah menukar dari sistem perolehan tender kepada sistem pitching yang telah dilaksanakan kepada penerbit swasta. Namun begitu setiap yang baru pasti ada kelemahannya. Bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan yang telah di buat namun saya agak keliru dengan perjalannan serta keputusan sistem pitching ini.

Saya pernah menghadiri PITCHING di Hollywood pada tahun 2005 dan ia amat jelas dan ringkas. Keputusan diberi terus sama ada lulus atau tidak dalam masa tidak sampai 3 minit.

Beberapa perkara yang saya kenal pasti:
1. Yang membuat pitching adalah yang mempunyai idea/cerita /penulis skrip dan bukan penerbit.
2. Pitching harus di buka kepada umum tak kira sama ada penulis ataupun bukan.
3. Selepas cerita atau idea di pilih dahulu dan barulah penerbit akan membuat tawaran kepada pemilik cerita untuk dijadikan skrip.

Yang pastinya di sini tidak ada istilah buyers di mana terserah kepada pemilik idea/cerita untuk memilih penerbit yang sesuai.

Saya merasa amat pelik bilamana terdapat ramai penulis yang mewakili banyak syarikat dan ini menjadikan skop penceritaan dan kemahiran amat terhad dan beracuan.

Percaya atau tidak sewaktu saya menghadiri sesi pitching di Hollywood saya mendapati mereka yang menghadiri pitch adalah dari golongan profesional seperti doktor, jurutera dan ada juga golongan dari warga tua yang mempunyai cerita kehidupan masing-masing yang mampu di jadikan skrip yang menarik untuk di jadikan drama.

Apa pendapat anda...?
Oleh: Mathias Md. Ali

Bagi Su terdapat beberapa kelemahan dalam konsep pitching ini. Penulis skrip dipanggil oleh produser atau pengarah drama untuk pitching inipun pada last minute.

Umpamanya penulis skrip diberi tajuk seperti 1. Hari Bapa, 2. Hari Ibu, 3. Hari Pekerja 4. Drama Komedi Hari Raya dan sebagainya untuk penyediaan pitching. Tetapi apabila penulis skrip diberi masa kurang dari 24 jam untuk menyediakannya, tentulah cerita itu juga akan jadi kurang mantap.

Bagi Su juga, penulis skrip adalah seorang penulis...pengkarya yang menghasilkan cerita dari penulisannya. Tetapi dalam pitching ini penulis skrip diminta menyampaikan story line kepada panel RTM yang langsung tidak user friendly. Sehinggakan Erma Fatimah pun turut bersungut yang mana penulis skrip bukannya seorang pidato. Tambah Erma lagi, "mereka yang pandai goreng akan menang dalam pitching ini".

Bagaimana pula syarikat milik Rosyam Nor boleh banyak dapat slot dalam pitching ini? Ini tentunya sebab favouritism...kan Rosyam juga host untuk program Fenomeno Seni. Baik secara langsung atau tidak, tentunya Rosyam baik dengan semua panel di RTM. Ini tentunya tidak adil.

Jumaat, 20 Februari 2009

Epic Films

It has been quite sometime I have not update my blog. I have no other excuse excerpt for laziness of doing so.

Being a single girl, when you are alone...sometime you will feel you somebody to pamper you and just to be like the other girls going out with boyfriends. But...alas....never mind! I think I can still to take it to be like this.

Well, let us take about the film industries. As I came to know that, there will be 3 epic films that will going on shooting soon. That's really good.

'Pahlawan Mat Kilau' an epic story about the Malay warrior that fight the British will be directed by so called director Rozee Razak. This film will be produce under the Legenda Studio.

Beside that, there is also another epic film base on the truly story 'Rosli Dhobi' will also be produce by this production house. Rosli Dhobi is a young school teacher from Sarawak that fight against the Bristish appointing a new governor replacing Kings Brooke.

Last but not least there will be a film base on the former Prime Minister, Tun Mahathir story will also film entitled 'Kapsul'. This film will be directed by a popular script writer Mathias Ali.

Rabu, 15 Oktober 2008

Filem 'Dr. Luv'


Dari suatu sumber yang tidak rasmi, Su mendapat berita bahawa penulis skrip Ruslie Sophian sedang rancak menyiapkan sebuah skrip filem genre cinta komedi bertajuk 'Dr. Luv'.

Dengar khabarnya filem ini akan dilakonkan oleh seorang pelakon komedi yang terkenal.

Su rasa tentu gempak panggung wayang kita apabila filem ini ditayangkan. Heeheehee.....!!

Rabu, 24 September 2008

Poskad Fadzli




Sudah 3 minggu Su tak kemaskini blog ini kerana sibuk dengan tugasan menerbitkan sebuah majalah RTM bertajuk 'Poskad Fadzli'.

Selain daripada filem dan drama, sesekali terlibat dalam menerbitkan majalah TV seronok juga rasanya. Sekurang-kurangnya tak sakit kepala dengan kerenah artis yang terlibat, selain daripada seorang host yang mengacarakan program tersebut.

Dalam program ini kami membawa Fadzli yang menjadi host ke beberapa ladang pertanian dan ternakan haiwan di Behrang, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh, Perak.

Episod yang kami lakukan penggambaran meliputi ladang kambing boer, rusa, ternakan ikan siakap dalam sangkar, kerang, ladang buah naga, perusahaan cendawan tiram, ladang cempedak durian dan ladang jambu air.

Tujuan program ini ialah menarik anak-anak muda melibatkan diri dalam projek pertanian dan ternakan haiwan dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

Alhamdulillah sepanjang tempuh penggambaran episod 'Poskad Fadzli' ini kami mendapat kerjasama bukan sahaja daripada semua perusaha ladang dan ternakan, bahkan agensi-agensi kerajaan yang terbabit juga turut memberi kerjasama sepenuhnya.

Rabu, 3 September 2008

Filem 'Err...Hantu'


Sejak akhir-akhir ini kita banyak dihidangkan dengan filem-filem genre seram. Dari filem 'Pontianak Harum Sundal Malam' membawa ke 'Jangan Pandang Belakang', 'Susuk' dan macam-macam tajuk lagi.

Senario filem di Malaysia ini memang bermusim. Kalau satu produser/pengarah dah mulakan satu genre mendapat sambutan, yang lain pun akan turut sama.

Bila Su jumpa Majid Salleh tanya pasal 'Err...Hantu', katanya dia bukan jadi pak turut. Ia hanya kebetulan...dan dia yakin filemnya kali akan mendapat sambutan hebat.

*Sama-samalah kita tunggu...*

Sabtu, 30 Ogos 2008

Modal Air Liur


Malam minggu lepas, Su lepak kat Ampang Point dengan beberapa orang pelakon dan krew produksi. Dalam pada itu, Su terpandang pada seorang abang, penulis skrip. Lalu Su hampiri dia dan bertanya khabar.

Katanya dia sihat, cuma poket dia aje yang kurang sihat. Tapi dengar khabar dia banyak buat skrip. Bukan aje skrip drama TV, bahkan skrip filem pun banyak orang tempah.

Kata dia lagi, skrip untuk drama dia hanya buat proposal aje dulu, untuk dapatkan kelulusan stesyen TV. Tapi itupun semua senyap saja. Satu pun tak ada panggil untuk presentation.

Su tanya sama ada dia buat proposal untuk TV swasta atau RTM. Katanya TV swasta payah, semua ada kroni. Kalau bukan kroni, tak masuklah kita. Dia hanya buat untuk RTM saja. Tapi pesaingan dengan penulis skrip baru sekarang ni makin banyak. Penulis baru, harga murah pun mereka sapu. Itu yang produser suka, boleh untung lebih.

Skrip filem pula tambah abang penulis skrip tu, ada seorang pengarah minta dia buat. Baguslah tu, kata Su.

Tapi katanya, pengarah itu suruh dia buat, tapi duit tak bayar. Macam mana nak buat? Takkan buat skrip filem bermodalkan air liur aje, tambah abang itu lagi.

Kadang-kadang bila Su renungkan betul juga. Si-pengarah dan si-produser ni hanya nakkan skrip dan proposal aje, tapi duit satu sen pun tak mahu keluar. Kesian juga pada penulis skrip kita.

*Su cuma nak tanya, "Apa fungsi SWAM dalam hal ini?"*