Sabtu, 30 Ogos 2008
Modal Air Liur
Malam minggu lepas, Su lepak kat Ampang Point dengan beberapa orang pelakon dan krew produksi. Dalam pada itu, Su terpandang pada seorang abang, penulis skrip. Lalu Su hampiri dia dan bertanya khabar.
Katanya dia sihat, cuma poket dia aje yang kurang sihat. Tapi dengar khabar dia banyak buat skrip. Bukan aje skrip drama TV, bahkan skrip filem pun banyak orang tempah.
Kata dia lagi, skrip untuk drama dia hanya buat proposal aje dulu, untuk dapatkan kelulusan stesyen TV. Tapi itupun semua senyap saja. Satu pun tak ada panggil untuk presentation.
Su tanya sama ada dia buat proposal untuk TV swasta atau RTM. Katanya TV swasta payah, semua ada kroni. Kalau bukan kroni, tak masuklah kita. Dia hanya buat untuk RTM saja. Tapi pesaingan dengan penulis skrip baru sekarang ni makin banyak. Penulis baru, harga murah pun mereka sapu. Itu yang produser suka, boleh untung lebih.
Skrip filem pula tambah abang penulis skrip tu, ada seorang pengarah minta dia buat. Baguslah tu, kata Su.
Tapi katanya, pengarah itu suruh dia buat, tapi duit tak bayar. Macam mana nak buat? Takkan buat skrip filem bermodalkan air liur aje, tambah abang itu lagi.
Kadang-kadang bila Su renungkan betul juga. Si-pengarah dan si-produser ni hanya nakkan skrip dan proposal aje, tapi duit satu sen pun tak mahu keluar. Kesian juga pada penulis skrip kita.
*Su cuma nak tanya, "Apa fungsi SWAM dalam hal ini?"*
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam kak Su. Sy penulis skrip generasi baru. Bila sy lihat posting ni sy jadi lemah hati untuk menulis skrip lagi. Bagaimana kita nak hasilkan filem/drama bermutu kalau begini jadinya. Bagaimana dgn fungsi SWAM. Aneh betul perkembangan hiburan seni tanah air kita ni. Harap komen lebiah lanjut Kak Su bagaimana utk mengatais masalah penulis skrip tidak dibayar dan apa tindakan yang boleh dilakukan oleh penulis skrip utk mengatasinya. TK.
Catat Ulasan