Sabtu, 30 Ogos 2008

Modal Air Liur


Malam minggu lepas, Su lepak kat Ampang Point dengan beberapa orang pelakon dan krew produksi. Dalam pada itu, Su terpandang pada seorang abang, penulis skrip. Lalu Su hampiri dia dan bertanya khabar.

Katanya dia sihat, cuma poket dia aje yang kurang sihat. Tapi dengar khabar dia banyak buat skrip. Bukan aje skrip drama TV, bahkan skrip filem pun banyak orang tempah.

Kata dia lagi, skrip untuk drama dia hanya buat proposal aje dulu, untuk dapatkan kelulusan stesyen TV. Tapi itupun semua senyap saja. Satu pun tak ada panggil untuk presentation.

Su tanya sama ada dia buat proposal untuk TV swasta atau RTM. Katanya TV swasta payah, semua ada kroni. Kalau bukan kroni, tak masuklah kita. Dia hanya buat untuk RTM saja. Tapi pesaingan dengan penulis skrip baru sekarang ni makin banyak. Penulis baru, harga murah pun mereka sapu. Itu yang produser suka, boleh untung lebih.

Skrip filem pula tambah abang penulis skrip tu, ada seorang pengarah minta dia buat. Baguslah tu, kata Su.

Tapi katanya, pengarah itu suruh dia buat, tapi duit tak bayar. Macam mana nak buat? Takkan buat skrip filem bermodalkan air liur aje, tambah abang itu lagi.

Kadang-kadang bila Su renungkan betul juga. Si-pengarah dan si-produser ni hanya nakkan skrip dan proposal aje, tapi duit satu sen pun tak mahu keluar. Kesian juga pada penulis skrip kita.

*Su cuma nak tanya, "Apa fungsi SWAM dalam hal ini?"*

Jumaat, 29 Ogos 2008

Err...Hantu!!!


Dengar khabarnya Majid Salleh dah nak hampir selesai mengarah filem ketiganya bertajuk 'Err...Hantu!'.

Filem pertamanya dulu 'TOTO' dia menjadi co-director dengan AR Badul dan filem kedua 'Dayang', dia ambil alih tugas pengarah lain. Jadi dengan filemnya yang ketiga ini dengan hasilan skrip dia sendiri, semoga ia akan berjaya menemui peminat pawagam nanti.

Tapi tidakkah sekarang ni kita sudah banyak sangat disogok dengan cerita-cerita hantu! Apakah masyarakat kita masih mahu cerita-cerita seram?

Apa-apa pun kita berilah peluang pada dia menghasilkan karyanya dengan baik dalam mendapat sambutan hebat dari orang ramai.

*Su kerap juga berjumpa hantu kebelakangan ni...hehehehe...*

Pelakon kita stereotype?


Benarkah lakonan pelakon kita stereotype? Ke mana Su pergi ini yang banyak Su dengar mereka bincangkan. Baik di warung mahupun di kedai kopi inilah tajuk bualan peminat-peminat filem dan drama tempatan bincangkan.

Tapi di Coffeebean atau Starbuck lain pula perbualan mereka. Mereka seronok dan bangga dengan lakonan Eddie Murphy, Nicholas Cage, Tom Cruise, Tom Hank, Samuel Jackson serta Jodie Foster. Sehinggakan lakonan Sean Connery dan Clint Eastwood yang sudahpun masih menyengat lagi.

Lain pula dengan pelakon kita. Muncul Dato' Jalaluddin Hassan membawa apa watak sekalipun, dia masih tetap Jalaluddin Hassan. Begitu juga dengan Eman Manan, Nasir Bilan Khan, Wan Hanafi Su, Wan Maimunah, Azizah Mahzan, bagilah apa watak sekalipun, mereka tetap mereka juga.

Kalau adapun mungkin adalah seorang dua pelakon kita yang boleh mewarnai watak yang berikan kepada mereka. Bila pegang watak orang kampung, nampak benar dia tu muka kampung dan bila diberi watak korporat, tokohnya terserlah tinggi.

*Su ni muka kampung, jadi hanya layak jadi extra untuk scene kampung aje...!*

Khamis, 28 Ogos 2008

Apa Jadi Jibam The Movie?


Dah dekat dua tahun rasanya heboh cerita nak terbitkan filem 'Jibam The Movie' adaptasi dari novel Ujang keluaran Creative Enterpise. Tapi sehingga sekarang diam aje...!

Skrip yang ditulis oleh Ruslie Sophian (Su kenal penulis skrip ni) katanya dulu sudah diluluskan oleh FINAS. Produsernya pula Jaja Production (Su kenal juga produser ini), katanya akan diarahkan oleh Ahmad Fauzee (Su kenal juga pengarah ini), tapi hingga kini tak dengar cerita pun filem ini shooting.

Tapi dari sumber-sumber yang layak dipercayai, katanya, ada konflik di antara penulis skrip, produser, pengarah, pihak Creative Enterprise dan Ujang sendiri. Dengar katanya, masing-masing nak tunjuk kuasa.

Kesianlah pelakon-pelakon seperti Khatijah Tan, Jalil Hamid, Wan Hanafi Su dan lain-lain yang sudah di casting untuk filem itu. Eman Manan pula katanya tolak tawaran filem ini kerana bayaran ciput. Tapi yang lebih kesian lagi budak yang nak jadi Jibam. Katanya dia dua tiga bulan juga pergi berlatih di studio Aminah Raffor, alih-alih filem tak juga shooting.

*Bagi Su kalau nak terbitkan filem, biarlah semuanya bersatu hati. Kata orang tua, sepakat itu membawa berkat. Jangan tamak-tamak dan jangan dengki-dengki. Dah tak jadi shooting, sapa yang rugi?*

Untungkah menerbitkan filem?


Sekarang ini tengok ramai sangat orang nak jadi produser nak terbitkan filem. Apakah mereka ini mengejar untung atau glamour?

Kalau terbit sebuah filem dengan modal sebanyak RM1.5 juta (tak kiralah modal sendiri atau dana dari FINAS), bolehkah produser dapat untung?

Seandainya produser dapat kutipan sebanyak RM2.5 juta dari panggung, selepas ditolak kongsi dengan taukeh panggung 50-50, produser baru dapat balik RM1.25 juta. Katalah produser dapat bayaran daripada TV right dan lain-lain right lagi, bolehlah dapat dalam 3 atau 4 ratus ribu ringgit. Jadi mungkinlah produser balik modal atau untung sikit.

Tapi kalau taukeh panggung kemut sehingga 60% untuk dia dan produser hanya dapat 40% saja, jawabnya lagi rugilah si-produser itu.

Itu kita congak kalau kutipan panggung dapat sehingga RM2.5 juta. Tapi kalau kutipan itu di bawah RM1 juta, macam mana? Apa akan jadi pada produser itu?

Kesimpulannya jadi produser filem untuk dapat untung atau saja nak glamour?

*bagi aku biarlah tak glamour, janji ada duit*